200 Asnaf Terima Daging Korban

1341

KUALA NERUS – 200 orang asnaf yang tinggal dalam Dewan Undangan Negeri(DUN) Seberang Takir telah menerima daging sempena Majlis Korban Perdana.

Isteri Pengarah Majlis Tindakan DUN itu, Tengku Aspaniza Tengku Aziz berkata Program ini merupakan acara tahunan sejak dahulu lagi bagi DUN Seberang Takir.

“Jadi dengan program sebegini sedikit sebanyak dapat membantu mereka untuk menyediakan hidangan menu daging di rumah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di perkarangan Pejabat DUN Seberang Takir, di sini pagi semalam.

Menurutnya sebanyak 23 ekor lembu telah dikorbankan hasil sumbangan orang ramai dan MTD.

“Saya gembira bila melihat kehadiran orang ramai, termasuk petugas – petugas parti seperti muslimin, muslimat, Ameerah dan Pemuda yang turut sama di samping itu ada Cabutan Bertuah untuk petugas Tahniah kepada yang bertuah harini.” ujarnya.