1K Warga Tionghua Dirai

500

Oleh : Abas Dany

KUALA TERENGGANU – 1000 orang kaum Tionghua dirai dalam satu majlis yang diadakan di Pulau Warisan, bersempena Sambutan Tahun Baru Cina.

Ahli Jawankuasa PAS Kawasan Kuala Terengganu YB Ustaz Ahmad Shah Muhamed berkata, sambutan tahun ini pada 12 Februari lalu, merupakan yang paling besar berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Kali ini PAS Kawasan Terengganu membuat keputusan untuk meraikan Tahun Baru Cina besar-besaran bagi meraikan kaum Cina golongan B40 dan OKU.” ujarnya.

Tambah beliau, program itu juga membuktikan kerajaan PAS tidak pernah bersifat perkauman dalam melaksanakan amanah mentadbir negeri ini.

“Jika mereka rakyat kita, maka wajib untuk kita laksanakan amanah sebagai pemimpin untuk menjaga kebajikan mereka walaupun berbeza kaum, agama dan warna politik,” jelasnya ketika dihubungi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, sempat mengagihkan angpau kepada 700 orang kaum cina kategori B40 dan OKU dalam program ini.