19 Ditahan Polis Sehingga Semalam

872

Polis mengesahkan pihaknya telah menahan Chin Huat kelmarin kerana dikatakan menghasut orang ramai supaya keluar berdemonstrasi di Ipoh sempena Sidang Dewan Undangan Negeri yang akan berlangsung hari ini.

Selain itu penghantar kek harijadi Altantuya, Sani Md Shah, Saufi Mihat dan Yasir Sheikh Abdul Rahman telah ditahan di hadapan pejabat Perdana Menteri jam 11 pagi semalam.

 

Manakala Naib Presiden PAS Mohamad Sabu ditahan polis sekitar jam 3 petang ini di Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur, dipercayai berhubung majlis solat hajat anjuran parti itu dekat Ipoh awal pagi ini.

Mereka yang ditahan dalam bantahan menyalakan lilin dihadapan balai polis Brickfields adalah;

1. Editor Suara Keadilan Bahagian Bahasa China Law Teck Hao, 29.

2. Koordinator Suaram John Liu, 26

3. Jawtankuasa Hak Asasi Kuala Lumpur dan Selangor Chinese Assembly, Liau Kok Fah, 47

4. Melissa Wong Yuet Fun, 25

5. Temme Lee, 23

6. Liew Thin Choi, 47

7. Law Teck Hao, 29,

8. Chan Kim Ming, 34

9. Kolimnis Malaysiakini Josh Hong

10. Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching.

11. Lee King Thim, 41.

12. Lim Kar Mern
13. Masturah Kamaruddin

14. Lim Hong Sing


Masturah kamarudin dan Lim Hong Sing kemudiannya dibebaskan oleh pihak polis