178 Pek Darah Berjaya Dikumpul di Besut

155

BESUT – Sebanyak 178 pek darah telah dikumpul di Dewan Gong Nering, Jerteh sejak dua hari program menderma darah disana berlangsung.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut, Hakim Zulfikri berkata, seramai 264 orang mendaftar diri sepanjang program berlangsung, namun yang menepati kriteria untuk menderma darah adalah seramai 178 orang sahaja.

“Kutipan kali ini sebenarnya adalah diluar jangkaan kami. Jika dilihat pada rekod sebelum ini, Tabung Darah hanya mensasarkan seramai 100 pek sahaja.”

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang bersama pada program kali ini dan juga tahniah kepada Jabatan Amal selaku koordinator dalam hebahan yang dibuat secara konsisten bagi mengajak warga Besut keluar bagi menderma darah.” katanya ketika.


Hadir bersama menyantuni penderma dan urusetia program Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.

Program yang berlangsung dua hari berturut-turut itu bermula jam 9 pagi sehingga 2 petang pada 26 hingga 27 Julai dianjurkan oleh Tabung Darah Hospital Nur Zahirah, Kuala Terengganu dengan kerjasama erat oleh Jabatan Amal Malaysia Kawasan Besut.

Sementara itu, Ketua Operasi Program, Lukman Manaf saat ditemui berharap agar program ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang dan orang ramai diseru secara sukarela menderma bagi mengisi tabung darah yang sentiasa berkurang.