Mantan Ketua Penerangan PAS yakin Jawatankuasa PAS Pusat yang baru dipilih mampu melaksanakan tanggungjawab menghadapi cabaran pilihanraya umum kali ke 14 akan datang.
“InsyAllah kita mampu untuk melaksanakan tanggungjawab bagi menghadapi cabaran pada masa hadapan, Dan secara peribadinya saya rasa bahawa pemilihan kali ini berlaku dalam keadaan yang penuh cabaran,
“sama ada keputusan dan sebagainya. Tapi secara keseluruhannya dia berjalan dengan baik dan insyAllah dia akan mencetuskan suatu amanat kepimpinan kepada seluruh jentera parti,
“dan saya tengok masa depan Pas ni lagi besar sekarang ini untuk mendepani cabaran pilihanraya ke-14 insyAllah,”ujarnya kepada piak media selepas pengumuman rasmi keputusan pemilihan jawatan naib presiden pada muktamar pas kali ke-59
Oleh itu, beliau mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada perwakilan dan parti yang memberi amanah ini walaupun secara peribadinya beliau merasa dukacita kerana mantan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar tersingkir
“saya sebut bahawa kemenangan saya, saya sedih kerana kita singkir Dato’ Mahfuz, seorang yang semua orang sayang
pada dia, terpaksa gugur,”ujarnya




























