15 Bayi Perempuan Sertai Khitan Perdana

89

Oleh: Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Seramai 15 orang bayi perempuan yang berusia sebulan hingga dua tahun telah menyertai Program Khitan Perdana Perempuan.

Ketua Lajnah Pembangunan Insan dan Kerukunan Keluarga, Muslimat PAS Kuala Terenganu, Dr Farhana Husaini Hasbullah berkata program yang julung kali itu merupakan batu asas untuk siri-siri seterusnya dalam memberi maklumat kekeluargaan.

“Dan penjagaan kesihatan kepada wanita, kanak kanak dalam kawasan Kuala Terengganu dan alhamdulillah program ini berjaya mencapai sasaran peserta dan objektif lajnah,” ujarnya.

Dr Farhana berkata demikian di majlis yang berjaya mengumpulkan seramai 50 keluarga dengan kehadiran seramai hampir 150 orang telah memenuhi Dewan Pusat Khidmat ADUN Wakaf Mempelam di sini pada sabtu 25 Mei. .

Selain daripada khitan yang dilaksanakan dengan kerjasama Klinik Iman Chabang Tiga dengan diketuai oleh Dr Nur Izati Hobin, pertandingan mewarna serta forum keibu-bapaan oleh Pengasas Nuur Counselling & Training Centre, Mahirah A. Rashid, turut memeriahkan lagi program.

Turut hadir Ketua Muslimat PAS Kuala Terenganu, Zuraida Md Noor dan juga isteri Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan itu, Datin Dr Diana Ahmad Takri.

Sementara itu, Datin Dr Nur Diana ketika merasmikannya berkata program kekeluargaan dan kesihatan sangat penting untuk memberi pendedahan .disamping pertemuan itu juga dapat mengeratkan ukhwah sesama masyarakat.

“Menjaga kesihatan dan hubungan kekeluargaan disamping mendedahkan anak anak dengan persekitaran yang sihat terutama di musim cuti sekolah ini,” ujarnya.

Menerusi slot yang amat mendapat sambutan ialah pertandingan mewarna yang bertemakan Palestin dengan dua kategori iaitu empat hingga enam tahun dan tujuh hingga sembilan tahun.

Rata rata peserta mewarna bendera Palestin dengan warna yang tepat dan tempat pertama kategori tujuh hingga sembilan tahun dimenangi oleh Adik Syarifah Nur Jannah Syed Mohd Zahidi