Para petani getah telah bertempur dengan pasukan keselamatan di selatan Thailand dalam satu demonstrasi protes harga getah ‘merudum’, yang menyaksikan lebih daripada dua dozen pegawai polis cedera dan 11 pemimpin protes ditahan.


Komander polis Mejar Jeneral Thanet Soonthornsuk berkata kepada agensi berita AFP, kira-kira 400 orang petani cuba untuk menyekat lebuh raya utama di Prachuap Khiri Khan, selatan Thailand pada hari Khamis.
“Dua puluh lima orang pegawai polis cedera. Dua daripada mereka berada dalam keadaan serius selepas mereka telah dipukul dengan batu di kepala,” katanya, sambil menambah bahawa penunjuk perasaan telah dibuang asid kepadanya.
Thailand adalah pengeksport terbesar getah asli di dunia dan kemarahan di kalangan petani terhadap memuncak kerana pendapatan mereka merosot.


Beberapa hari-hari kebelakangan ini, petani getah yang marah telah menyekat jalan raya, laluan kereta api disamping secara berani, masuk ke lapangan terbang di selatan Thailand, bagi menyatakan bantahan.
Wilayah yang terjejas di Thailand itu adalah kawasan ‘kuat’ pembangkang yang diterajui Parti Demokrat.
Kerajaan Yingluck setakat ini menolak tuntutan petani yang meminta kerajaan menjamin harga getah US$ 3.7 sekilo.
Timbalan Perdana Menteri Pracha Promnog berkata beliau akan pergi ke Selatan Thailand pada hari Jumaat untuk bertemu dengan pemimpin protes.
“Kami akan membuka rundingan dengan mereka di semua peringkat,” katanya.




























