141 Set Barangan Keperluan Asas Untuk Mangsa Banjir

242

TEMERLOH – Sebanyak 141 Set barangan keperluan asas berjaya diagihkan untuk mangsa banjir di Taman Mentakab Indah, Temerloh.

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu, Dr. Alias Razak berkata, PAS Bukit Tunggal telah menggerakkan 35 buah kenderaan dan 140 orang peserta dalam misi kedua ini.

“Antara barangan keperluan asas yang kita bawa ialah seperti dapur, toto, bantal, pakaian solat dan Al-Quran selain sedikit wang tunai untuk perbelanjaan mereka,’

‘’Bantuan dari kami terlalu sedikit jika dibandingkan kerosakkan infrastruktur dan kediaman mangsa banjir disini,” ujarnya

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas lawatan ke rumah yang terjejas teruk selepas banjir di Kampung Mambang Berulang pada Jumaat, 7 Januari.

Turut sama rombongannya adalah Jabatan Amal, Pemuda, Muslimat dan Ameerah DUN Bukit Tunggal.

Dr Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Bukit Tunggal berharap mereka menerima ujian dari Allah dengan penuh kesabaran dan keredhaan.

“Kita akan sentiasa berhubung dengan Yang Di Pertua (YDP) PAS Kawasan Temerloh dari semasa ke semasa untuk mengikuti perkembangan keadaan disini serta bersedia dengan misi-misi seterusnya,” tambah beliau.