1294 Guru PASTI Terkesan PKP Diberi Bantuan

1162

KUALA TERENGGANU – Seramai 1,294 guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di seluruh Negeri, terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dibantu Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT)

Ketuanya, Ustaz Nasir Razak berkata sejumlah RM18, 700 sumbangan kewangan dan barangan makanan telah pun disampaikan kepada tenaga pengajar prasekolah itu.

“Ia tanda prihatin terhadap nasib guru-guru berkenaan yang turut mengalami kesulitan berikutan penularan Covid19,

“Sumbangan ini adalah bagi meringankan beban-beban mereka,” ujarnya didalam satu kenyataan, semalam.

Oleh itu, beliau menggesa agar setiap Pengerusi PASTI memberi perhatian serius terhadap kebajikan guru-guru terbabit sepanjang PKP dilaksanakan.

Beliau turut menghargai para dermawan yang telah menyumbang kepada tabung DPPNT dan menyeru orang ramai untuk terus menderma.

“Terima kasih kepada semua penderma yang banyak membantu serta menyumbang kepada Dana Taawun DPPNT, semoga Allah SWT menjadikan sumbangan ikhlas anda semua sebagai aset yang bernilai di akhirat nanti,

“Yang berkelapangan boleh terus menyumbang melalui akau Maybank, DANA TAAWUN DPPNT, No.563064113873.,” jelasnya