Terengganu, Malaysia

125 Rumah Rosak Dibadai Ribut Menjelang Eidul Adha

125 Rumah Rosak Dibadai Ribut Menjelang Eidul Adha

DUNGUN – Sekurang-kurangnya, sebanyak 125 buah rumah di Felda Jerangau dekat sini rosak dibadai ribut yang berlaku menjelang Eidul Adha.

Ketua PAS Cawangan terbabit Anuar Omar berkata, antara rumah yang paling teruk terjejas adalah premis yang ditimpa pokok besar yang tumbang ditiup angin kencang itu.

“Rumah yang terlibat paling teruk, pokok-pokok besar jatuh atas rumah (dalam) kejadian ribut (yang) berlaku dalam pukul 4.30 petang,

IMG_20160913_035528“ribut (melanda) lebih kurang dalam 25 minit, kita gi bantu rumah dia…….benda besar atas rumah dia…….sebab itu kita memerlukan bomba untuk angkat, atap basah, jadi kita nak naik tak boleh juga,”jelas beliau.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat ringkas kepada Ahli Parlimen Dungun Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli dan Pengerusi Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganum Dr Azman Ibrahim.

Turut berada di lapangan pada Ahad malam Isnin itu ialah Pengerusi Generasi Terengganu Naraza Muda dan Komander Jabatan Amal Dungun, Sailani Salleh.

Namun begitu, kata Anuar, angka kemusnahan itu belum di sahkan kerana masih tidak dipastikan bancian sebenarnya.

“(Angka itu) belum ‘spesifik’ sebab kita belum banci dari rumah ke rumah lagi, (ada) rumah tak dok orang (tidak berpenghuni), orang balik (pulang ke kampung untuk hari) raya,”ujar beliau.

Beliau menambah, antara bangunan yang rosak teruk adalah Pusat Asuhan RTunas Islam (PASTI) Nurhidayah di penempatan itu.

PASTI Hidayah dibadaiBeliau mendakwa, ribut tersebut berlaku ekoran angin kencang bertiup deras, kerana tiada halangan pokok kelapa sawit yang sedang dalam proses penanaman semula.

“PASTI antara yang teruk, persediaan majlis korban terjejas………punca asal angin, FELDA ni, tebang pokok sawit sebenarnya, jadi angin mari tak dok halangan,”tegasnya.

Sehubungan itu, tindakan segera diambil bagi membaik pulih atap PASTI yang rosak.

Ustaz Hassan melancarkan derma kilat, bagi menampung kos memperbaiki PASTI, yang dianggarkan berjumlah RM1500.

Dr Amzan mengumumkan, pihak Lajnah beliau berjanji menyumbangkan RM500 bagi menanpung sebahagian kos tersebut.

Jabatan Amal Dungun mengerahkan kekuatan 18 orang anggota bersama kelengkapan sebuah pacuan empat roda, dua unit mesin pemotong kayu dan peralatan pertukangan, membantu mangsa ribut tersebut.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan