KEMAMAN – Hampir 1,000 warga Chukai menyerbu Pusat Bantuan Banjir di Pejabat PAS Kawasan Kemaman di Bandar Chukai sebaik ia dibuka pada jam 4 petang semalam, Sabtu 7 Disember.
Pelbagai barangan makanan dan keperluan diedarkan semalam termasuk beras, air mineral, gula, biskut, lampin pakai buang, pakaian terpakai dan lain-lain.


Namun katanya, oleh kerana mereka juga dilanda musibah banjir, golongan tersebut juga terpaksa memohon bantuan oleh kerana bekalan makanan yang terputus di bandar tersebut.
“hampir 1,000 orang datang menyerbu pusat bantuan kita yang dibuka sejak pukul 4.00 petang semalam, sehingga jam 11.00 malam pelbagai barangan yang diedarkan,
“ada yang berkemampuan yang termasuk dalam kategori ‘berada’ namun mereka juga dilanda banjir, habis harta benda musnah, ada yang memiliki 5 buah kereta, tapi rumah dan semua kelima-lima kereta mereka di tenggelami air,”ujarnya.


Sedangkan kata beliau, lebih 75% kawasan Chukai ditenggelami air, pelbagai golongan yang terjejas, bukan sahaja mereka yang berpindah ke pusat-pusat pemindahan sahaja.
Justeru, beliau merayu bagi pihak warga DUN Chukai agar kerajaan segera membuat kajian dan bancian terhadap kerugian yang dialami oleh warga Chukai akibat musibah luar biasa itu.
“saya harap kerajaan negeri dapat meluluskan peruntukan khusus kepada mangsa-mangsa banjir bukan hanya sebanyak RM500 sahaja sebagaimana dimumkan Perdana Menteri,
“mana cukup jumlah itu, memandangkan kebanyakkan mangsa habis tenggelam rumah mereka, tambahan lagi musim baru cuti sekolah akan bermula pada bulan hadapan,”jelasnya.




























