KUALA TERENGGANU – Seramai 1000 orang akan hadir pada Majlis Makan Malam Amal anjuran PAS Terengganu dengan kerjasama Persatuan Anak-anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU).
Pengarah Makan Malam itu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ia akan diadakan pada Ahad 15hb Mei,di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
“In Sha Allah…….. pada 15 Mei 2016, Ahad, PAS Negeri Terengganu dengan PERANTAU mengadakan satu majlis yang kita panggil sebagai majlis makan malam di Seksyen 7, Shah Alam di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam.
“Untuk program makan malam amal ini, kita mensasarkan sebanyak 100 meja ataupun 1000 orang yag akan hadir. Dan Alhamdulillah. sehingga kini kita telah pun berjaya hampir 100 meja,”ujarnya.


Di samping Tuan Guru, kata beliau, Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat dan juga Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri daripada PAS dari negeri Terengganu dan Selangor.
Katanya, pihak Urusetia masih menunggu jawapan dari Menteri Besar Selangor.
“Dan juga kita turut menjemput YB Dato’ Seri Mohd Azmin bin Ali selaku MB Selangor, walau bagaimana pun kami masih menunggu jawapan daripada pejabat beliau ,
“kita berharap agar MB dapat hadir ke makan malam ini,”jelasnya ketika ditemui di pejabatnya semalam.
Oleh itu, orang ramai yang masih ingin menyertai Majlis tersebut boleh menghubungi beliau sendiri atau setiausahanya, Ustaz Mohd Soud Said.
“Dan sekiranya saudara saudari sekalian berhajat untuk turut serta dalam majlis ini, maka boleh berhubung terus dengan pihak urus setia di talian 019-9894125 saya sendiri,
“ataupun bercakap terus dengan Setiausaha program Ustaz Mohd Soud di talian 019-9879332,”katanya.
Menurutnya, Makan Malam itu nanti akan turut mengundang kumpulan Nasyid Shoutul Amal bagi memeriahkan lagi majlis .
https://youtu.be/wnNxBtAsCKE





























