1000 ‘Hamper’ Bantu Kurangkan Beban Kehidupan

1190

Oleh : De Fonso

MARANG – Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang hari ini telah merasmikan Program Sinar Ramadhan yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan ini.

Beliau dalam ucapannya mengingatkan para hadirin supaya berlumba-lumba membuat Kebajikan apatah lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini.

IMG-20150703-WA0127“Marilah kita semua berlumba-lumba melakukan Kebajikan di bulan Ramadhan ini kerana ianya adalah kurniaan Allah swt dengan syarat kita beriman”

“Bulan Ramadhan juga adalah bulan yang mengajar kita bersyukur dan bersabar, kita disuruh berpuasa untuk bersabar, kemudian kita berbuka untuk menunjukkan tanda bersyukur kita,”ujarnya

Beliau kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada dermawan dan petugas yang menjayakan program kali ini.

“seterusnya saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang dan kepada yang menerima Sama-sama berdoa moga-moga semua diberi ganjaran pahala,”katanya

Program yang julung-julung kalinya diadakan adalah satu usahasama dengan NGO Marang, bertujuan meringankan beban kehidupan keluarga misin dan fakir dalam kawasan parlimen ini.

IMG-20150703-WA0124Sebanyak 1000 hamper yang berisi barangan keperluan harian diagihkan kepada golongan yang kurang berkemampuan itu.

Sehubungan itu, Ketua Pemuda PAS Kawasan Marang, Ustaz Sulaiman Sulong berkata program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakan dari seluruh lapisan masyarakat dan mengucapkan penghargaan dan terima kasih.

“Di kesempatan ini saya mewakili DPPKM mengucapkan Jazakumullah khairan kathira kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program kali ini.

Turut hadir di program petang jumaat dan diadakan di perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat Kawasan Marang itu ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia  Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Yang DiPertua PAS Marang Haji Yahaya Ali.