1000 Hadiri Perarakan Maulidurrasul Dun Gombak Setia

1547

Seramai 1000 orang penduduk sekitar Taman Samudra dengan kerjasama 7 buah Surau telah memeriahkan perarakan Majlis Sambutan Maulidurrasul 1435H Dun Gombak Setia.

Majlis yang bermula pukul 8.30 pagi itu telah dimulai dengan selawat dan dirasmikan oleh YB Ust Hasbullah Ridzwan, ADN Gombak Setia dan berakhir pukul 10.30 pagi.

OLYMPUS DIGITAL CAMERAMajlis perarakan yang dipenuhi dengan selawat memuji Nabi Baginda Rasulullah SAW bermula di Surau Ikhwan, Taman Samudra dan berakhir di Surau Sheikh Daud, Sri Batu Caves sejauh 1 Kilometer.7 buah surau yang terlibat adalah Surau Al-Ikhwan Taman Samudra, Surau Nurul Izzah, Surau Al-Ehsan Apartment Casmaria, Surau Al-Ehsan Flat Samudra, Surau Shiekh Daud, Surau Muhajirin Taman Selaseh dan Surau An-Naim Apartment Fiona.

Pelbagai sepanduk dan banner yang memeriahkan lagi suasana sambutan yang telah diadakan yang mewakili surau masing-masing. Penduduk juga bersatu tanpa mengira latar belakang politik bersama-sama keluar menunjukkan rasa cinta dan kasih kepada junjungan besar Rasulullah SAW.

“Sambutan yang amat baik dari masyarakat setempat itu menggambarkan kekuatan ikatan persaudaraan antara penduduk sekitar” kata Hasbullah Ridzwan.

Beliau juga berpesan, supaya tidak hanya menjadikan sesuatu hari sahaja untuk mengingati perjuangan Baginda, malah menjadikan seluruh kehidupan dan amalan seharian seperti Rasulullah SAW.

Turut hadir bersama, YDP PAS Gombak, Ust Salehuddin Nasir yang juga Ahli Majlis Zon 13, Pengurus PKM, Ramli Talib, pegawai-pegawai Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Gombak Setia dan pengerusi-pengerusi surau.