Minggu ini, rakyat Palestin di seluruh dunia mengenang 100 tahun sejak Deklarasi Balfour telah dikeluarkan pada 2 November 1917.
Perisytiharan itu menukar matlamat Zionis daripada impian menjadi realiti, untuk mewujudkan sebuah negara Yahudi di Palestin, apabila Britain kepada umum berjanji untuk mewujudkan ‘negara untuk orang Yahudi’ di sana.
Ikrar itu dilihat sebagai salah satu pemangkin utama kepada ‘Nakba’, pembersihan etnik Palestin pada tahun 1948 dan bermulanya konflik dengan negara Zionis Israel .
Ia dianggap sebagai salah satu dokumen yang paling kontroversi dalam sejarah moden dunia Arab dan telah menjadi tanda tanya kepada para ahli sejarah selama beberapa dekad.
Deklarasi Balfour hanya terkandung dalam 67 perkataan sahaja, namun ia mencetuskan konflik paling malang di dunia, pertikaian Israel-Palestin kekal sehngga kini sebagai krisis di Timur Tengah selepas 100 tahun.
Bekas Setiausaha Luar British Arthur Balfour mengeluarkan dokumen iaiatu surat kepada Walter Rothschild, pemimpin Zionis British dan mengumumkan sokongan bagi mewujudkan “rumah negara untuk orang Yahudi” di Palestin.
Sedangkan Palestin ketika itu sebahagian daripada Empayar Uthmaniyyah dan menjadi tenpat tinggal kepada hanya Sembilan peratus minoriti Yahudi.


Deklarasi Balfour (perjanjanji Balfour dalam bahasa Arab) adalah ikrar awam oleh Britain pada tahun 1917 bermatlamat mengisytiharkan, untuk mewujudkan ‘negara untuk orang Yahudi’ di Palestin.
Ia telah dibuat semasa Perang Dunia pertama pada 1914-1918 dan telah dimasukkan ke dalam terma Mandat British Palestin selepas pembubaran Empayar Uthmaniyyah.
Sistem yang dipanggil mandat, ditubuhkan oleh kuasa barat yang berkaitan, adalah satu bentuk berlapik berkait penaklukan dan penjajahan.
Sistem ini memindahkan kuasa pemerintahan dari wilayah yang sebelum ini dikawal oleh kuasa-kuasa pihak kalah dalam perang termasuk Jerman , Austria-Hungary, Empayar Uthmaniyyah dan Bulgaria.
Tujuan diisytiharkan sistem mandat tersebut adalah untuk membolehkan pemenang perang bagi mentadbir negara-negara yang baru muncul sehingga mereka boleh berdikari.
Apabila permulaan dan penguatkuasaan mandate itu, British mula memudahkan imigresen Yahudi Eropah ke Palestin. Antara tahun 1922 dan 1935, penduduk Yahudi meningkat daripada sembilan peratus kepada hampir 27 peratus.
Walaupun Deklarasi Balfour memasukkan had bahawa ‘tiada apa yang akan dilakukan yang boleh memudaratkan hak-hak sivil dan agama masyarakat bukan Yahudi di Palestin yang sedia ada’, namun mandat British telah dilaksanakan dengan cara melengkapkan Yahudi bersama alat-alat kelengkapan termasuk senjata dan ketenteraan, untuk mewujudkan diri ‘Yahudi’ memerintah, dengan mengorbankan orang-orang Arab Palestin.
Pengisytiharan Balfour itu merupakan pembohongan yang bercanggah tentang demokrasi dan ketamadunan yang dibuat oleh British.


Britain pada asalnya telah dijanjikan kemerdekaan negara-negara Arab dari Empayar Uthmaniyyah pada tahun 1915 melalui surat antara Hussein-McMahon.
British juga berjanji dengan Perancis, dalam perjanjian berasingan yang dikenali sebagai perjanjian Sykes-Picot 1916, bahawa majoriti Palestin akan berada di bawah pentadbiran antarabangsa, manakala yang lain di rantau ini akan dibahagikan antara kedua-dua kuasa penjajah selepas perang.
Perisytiharan Balfour itu bagaimanapun, bermakna bahawa Palestin akan datang di bawah penjajahan British dan bahawa orang-orang Arab Palestin yang tinggal di sana tidak akan mendapatkan kemerdekaan.
Perisytiharan itu juga yang diperkenalkan Britain adalah suatu yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.
Penggunaan istilah kabur “rumah negara” untuk orang-orang Yahudi, yang bertentangan dengan “negara”, meninggalkan erti yang terbuka kepada tafsiran.
Deraf awal dokumen yang menggunakan frasa “pembentukan semula Palestin sebagai sebuah Negara Yahudi”, tetapi kemudiannya ditukar.
Dalam pertemuan dengan pemimpin Zionis Chaim Weizmann pada tahun 1922, bagaimanapun, Arthur Balfour dan Perdana Menteri David Lloyd George dilaporkan berkata bahawa Deklarasi Balfour “sentiasa bermakna akhirnya sebuah negara Yahudi”.