10 Tunjang Utama Bagi Malaysia Sejahtera

487

ALOR SETAR- 10 tunjang utama digariskan bagi merealisasikan hasrat untuk menjadikan Malaysia Sejahtera, sesuai dengan tema Ucapan Dasar Presiden PAS, iaitu Malaysia Sejahtera.

Perwakilan Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP), Ustaz Nushi Mahfodz meletakkan perkara pertama ialah Islam, yang mana inilah yang PAS bawa dari dahulu sehingga kini sebagai asas perjuangannya.

“Manakala politik perpaduan pula akan dapat mengelakkan ‘divide and rule’ sebagaimana kita diperlakukan oleh penjajah dahulu.

“Sementara titik persamaan terutama kepada asatizah yang berkelahi pula beliau tekankan supaya dihentikan,” jelasnya.

Beliau yang juga Setiausaha DUPP berkata demikian ketika berucap program Muktamar Tahunan PAS kali ke 68 di Kompleks PAS Kedah, pada hari ini.

Menurutnya, kerajaan yang stabil pula amat penting kerana ia akan memberikan keselesaan kepada kehidupan rakyat

“Pemimpin yang bertakwa mampu mentadbir dan pemimpin negara dengan jayanya, dan tanpa rasuah, adalah asas pemerintahan sebagaimana bukti kejayaan kerajaan PAS yang ada,” ujarnya.

Beliau turut mencadangkan partisipasi masyarakat dalam politik, peratusan yang rendah, mesti dilibatkan dengan kesedaran politik dan juga mengambil peranan sewajarnya.

“Hukum Allah pula, mesti diusahakan untuk dipraktikkan oleh pemerintah.

“Di samping keamanan global yang mana pimpinan PAS mesti memainkan peranan masing-masing di peringkat internasional dan akhirnya semua ini bertujuan untuk akhirat,” tambah beliau lagi.