

Keluarga Tebusan Gaza berkata, Perdana Menteri Israel Benjamun Netanyahu menjual ilusi selama 22 bulan perang Israel- Gaza dengan mengatakan, hanya tekanan tentera akan membawa pulang anak-anak mereeka.
Mereka berkata pada hari Ahad bahawa desakan berterusan Netanyahu bahawa “resolusi ketenteraan” adalah satu-satunya penyelesaian, sebenarnya “bahaya langsung kepada kehidupan anak-anak kami, yang tinggal di dalam neraka terowong dan diancam oleh kelaparan dan kematian serta-merta”.
“orang ramai telah membeli ilusi itu, dan hari ini, walaupun sebelum mencapai draf perjanjian yang komprehensif, dikatakan bahawa perjanjian adalah sia-sia.” menurut yang menuntut Netanyahu melaksanakan gencatan sejata segera.
Terdapat kira-kira 50 tawanan masih di Gaza. Kurang daripada separuh dipercayai masih hidup.
Perkembangan menyedihkan terkini berlaku apabila Pejabat Media Kerajaan di Gaza berkata bahawa pihak berkuasa Israel membenarkan hanya 36 trak bantuan memasuki Semenanjung Gaza pada hari Sabtu.
Manakala 22,000 trak bantuan terus duduk di luar Semenanjung menunggu untuk membawa makanan yang sangat diperlukan kepada penduduk Palestin di sana.
Dalam pada itu, Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva pada Ahad juga memberi amaran bahawa 1 juta wanita dan gadis di Gaza kini kelaparan.
Dalam catatan di X, PBB berkata: “Satu juta. Begitulah ramai wanita dan gadis kelaparan di Gaza. Keadaan mengerikan ini tidak boleh diterima dan mesti berakhir.
“Kami terus menuntut penyampaian bantuan menyelamatkan nyawa untuk semua wanita dan gadis, gencatan senjata segera, dan pembebasan semua tebusan.” kata PBB.



























