Perkukuh Agen Penerangan, Fokus Kandungan Ringkas dan Berfakta

526
Haji Hamidi Jusoh

Oleh : RR

KUALA NERUS – Usaha memperkukuh agen penerangan dengan penekanan kepada penyampaian kandungan yang ringkas, santai dan berfakta jelas menjadi tumpuan utama PAS Kuala Nerus, kata Ketua Penerangannya, Haji Hamidi Jusoh.

Menurut beliau, taklimat berkala berkaitan isu semasa akan terus diberikan kepada agen dan pimpinan bagi memantapkan kefahaman mereka sebelum disebarkan kepada umum.

“Penggunaan media sosial kini menjadi keutamaan kerana capaian yang luas merentasi semua peringkat umur dan latar sosio-ekonomi.

“Namun, kandungan yang dikongsi perlu santai, ringkas, berfakta jelas dan tidak panjang berjela.

“Infografik merupakan antara pendekatan terbaik untuk menarik perhatian khalayak,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini.

Beliau yakin, dengan strategi penerangan yang lebih terarah dan tersusun, mesej perjuangan dapat disebarkan secara menyeluruh dan berkesan di Kuala Nerus.