Terengganu, Malaysia

Momentum Himpunan Turun Anwar Perlu Diteruskan

Momentum Himpunan Turun Anwar Perlu Diteruskan

KUALA TERENGGANU – Himpunan mega ‘Turun Anwar’ yang berlangsung dengan aman dan tertib pada 26 Julai lalu adalah isyarat jelas kepada kerajaan bahawa rakyat tidak lagi meletakkan harapan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Para peserta yang hadir pada himpunan tersebut berpandangan bahawa gelombang kebangkitan rakyat tidak harus terhenti di situ sahaja, sebaliknya perlu diteruskan sebagai tekanan berterusan menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Asrul Amin, peserta dari Bukit Besi Terengganu berkata, himpunan tersebut telah mencetuskan semangat rakyat untuk bersuara secara kolektif dan harus dijadikan permulaan kepada gerakan yang lebih tersusun.

“Momentum dan gema ini perlu diteruskan hingga ke PRU16 agar mesej mengenai kegagalan Anwar Ibrahim dalam memimpin negara dapat dizahirkan secara menyeluruh,” katanya.

Momentum Himpunan Turun Anwar Perlu Diteruskan

Sementara itu, Ahmad Fahmi Hasanuddin dari Kula Berang berpandangan bahawa walaupun himpunan aman itu tidak akan menyebabkan Anwar meletakkan jawatan secara serta-merta, namun kehadiran ratusan ribu rakyat tidak boleh dianggap perkara remeh.

“Betul, Anwar tak akan letak jawatan dengan mudah. Tapi 500,000 orang yang hadir itu bukan angka kecil. Ia satu benteng kebangkitan rakyat yang membuktikan bahawa pentadbiran beliau semakin ditolak. Sebagai Perdana Menteri, beliau sepatutnya merasa malu,” ujarnya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Seorang lagi peserta, Rizal Azizi pula menegaskan bahawa liputan meluas daripada media antarabangsa membuktikan bahawa dunia kini memerhati gelombang perubahan yang sedang berlaku di Malaysia.

“Perhimpunan ini membuka mata dunia bahawa rakyat Malaysia mahu pemimpin yang lebih berkaliber dan berwibawa untuk memacu negara ke arah yang lebih baik,” katanya.

Momentum Himpunan Turun Anwar Perlu Diteruskan

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan