KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) menegaskan sokongan penuh Himpunan Turun Anwar dan menyeru orang ramai menyertai program dianjur Pemuda PAS Pusat itu.
Ketuanya, Ustaz Mohd Harun Esa berkata, himpunan itu menjadi wadah rakyat menyerlahkan kebangkitan menuntut keadilan, menuntut ketelusan dan tatakelola tadbir urus kerajaan pimpinan Perdana Menteri.
“Kami percaya himpunan aman ini adalah manifestasi kekecewaan rakyat terhadap kerajaan pimpinan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gagal memenuhi janji reformasi.
“Membendung kenaikan harga barang, serta mengembalikan maruah negara yang semakin terhakis.” tegas beliau
Menurutnya, rakyat berhak mempersoalkan kredibiliti Anwar dan beliau mesti bertanggungjawab serta melunaskan semua janji yang pernah diucapkan beliau anggota kabinet tanpa alasan.


“Semua pemimpin yang diamanahkan dan berkuasa, wajib melaksakan semua janji,” ujarnya ketika ditemui, semalam.
Justeru, kata Ustaz Harun, sudah lebih dua tahun kerajaan MADANI memerintah, bukan keselesaan hidup yang diniknati, bahkan rakyat terus dihimpit dengan pelbagai tekanan.
“Janji harga minyak turun, sebaliknya naik, ditambah dengan kecelakaan terbaharu, peningkatan cukai SST,
“Janji rakyat B40, M40 tidak terkesan sebaliknya majoriti keperluan harian, dinaikkan cukai tanpa belas kasihan,” jelas beliau.
Justeru, beliau menyeru semua warga khususnya anak muda Terengganu untuk turut serta secara bijaksana dan bertanggungjawab dalam himpunan ‘Anwar Turun’ untuk mendesak satu perubahan segera.
“Perjuangan ini bukan untuk kepentingan politik mana-mana pihak, tetapi untuk masa depan Malaysia yang lebih adil dan sejahtera,” ujarnya.





























