KUALA TERENGGANU – Penyandang Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu 2023 -2025, Dato Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, ‘teguh memimpin’ apabila dipilih semula menerajui Kawasan ibu negeri itu.
Beliau berkata, kemasukan tiga anggota Jawatankuasa baharu dalam kalangan pemuda bakal memberikan ‘nafas muda’ dalam perjuangan parti di Kawasan tersebut
“Ada tiga generasi dalam kepimpinan PAS kawasan sekarang, insyaallah diharap dapat menggarap hasil yang lebih cemerlang dan kontemporari,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Muktamar Kali Ke-50 hari ini, dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pilihan Raya PAS, Tan Sri Annuar Musa.


Dalam pemilihan yang diadakan di Markaz Tarbiyah PAS Kuala Terengganu itu, Timbalan Yang Dipertua (TYDP) Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim turut mengekalkan jawatan yang disandangnya.
Haji Amzad bersyukur, Mesyuarat Agong hari ini mendapat sambutan luar biasa dengan jumlah perwakilan yang hadir yang lebih ramai dari kebiasaan.
“Saya tertarik dengan penyertaan perwakilan yang membangkitkan pelbagai soalan, cadangan dan perbahasan yang menarik.


“kehadiran wakil komponen Perikatan Nasional daripada Bersatu dan Gerakan serta Dewan Himpunan Pendokong PAS menunjukkan kesatuan dalam perjuangan yang utuh.” jelasnya
Beliau turut mengucapkan terima kasih atas kepercayaan para perwakilan, memilih semula beliau untuk memikul amanah sebagai TYDP.
“Saf kepimpinan yang terpilih menggabungkan pemimpin berpengalaman dan ramai yang baru. Ini satu petanda yang positif bahawa PAS Kuala Terengganu mampu menampilkan kepelbagaian dlm saf kepimpinan.
“proses pemilihan yang lancar dan demokratik adalah identiti PAS yang sentiasa mempamerkan kematangan, hemah yang tinggi dalam melaksanakan proses demokratik yang menyumbang kepada kestabilan PAS Kuala Terengganu.” tambah Alhli Parlimen KT itu


Manakala, ADUN Batu Buruk Ustaz Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi, dipilih sebagai Naib Yang Dipertua (NYDP) menggantikan penyandang sebelum in,i Ustaz Hamzah Ngah.
Ustaz Khalil bersyukur, Muktamar berjalan dalam suasana baik dan penuh semangat ukhuwah.
“Perubahan pucuk kepimpinan secara harmoni menunjukkan budaya politik matang yang wujud dalam PAS,”
“Pimpinan dan ahli telah ditarbiyah jawatan adalah satu tanggungjawab bukan untuk berbangga.” kata beliau































