Tentera Mesir DiKuasai Golongan Munafikun

1056

dia memegang kuasa sementara, peralihan di antara Hosni Mubarak, yang ditumbangkan oleh rakyat pada pilihanraya yang akan menurunkan kuasa dengan Presiden,”ujar Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik.

Menurutnya, pihak tentera Mesir telah berjanji hanya untuk memegang kuasa secara sementara, sebaliknya telah meminda kuasa itu dengan meletakkan tentera kuasa yang tertinggi.

“dia (tentera) ubah kuasa bagaimana yang telah dilakukan (dengan itu) walaupun Presiden mana yang menang pilihanraya, Presiden akan tunduk kepadanya,

“manakah tidak dikatakan lagi golongan seperti ini, golongan munafikin. Orang yang berjanji tetapi tidak menunaikan janji, orang yang diberikan amanah oleh rakyat tidak menunaikan amanah yang diberi, orang yang pegang amanah agama tidak menunaikan amanah agama,”tegasnya.

[Gambar atas – Warga Mesir turun semula ke dataran Tahrir bagi membantah pengambil alihan kuasa oleh tentera Mesir yang dianggap sebagai satu rampasan kuasa dari rakyat. Gambar bawah – Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik]

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid at-Raqwa Batu Enam, dekat sini semalam, 22 Jun.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan umat Islam, bahawa golongan seperti kelompok tentera di Mesir itu terdapat diseluruh dunia.

Menurutnya, sifat-sifat munafik pernah berlaku di negara ini khususnya di negeri  Terengganu, apabila kerajaan yang lain selain dari parti mereka, mendapat kuasa melalui pilihanraya.

“Kerajaan yang mendapat kuasa dia tangan orang Islam yang memiliki kekayaan seperti minyak di Terengganu, apabila menang dirampasnya (royalti) minyak,

“Apabila diberikan amanah oleh rakyat memimpin pilihanraya, suruhanjaya pilihanraya menjadi penipu untuk menipu rakyat, apabila diberi kuasa kepada mereka yang memimpin mereka menggunakan harta rakyat secara haram, melakukan rasuah dan pemborosan,”jelasnya.

Justeru, beliau menyifatkan orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang mempunyai penyakit, yang Nampak sihat tubuh badannyam tetapi ada penyakit didalam hati mereka.

Beliau menyimpulkan, penyakit itu dipanggil ‘penyakit agama’ yang lebih teruk akibatnya dari penyakit yang dialami oleh jasad manusia.

“Maka, oleh kerana itu.. kita kena faham bahawa munafik ini bukan sifat tubuh badan. Tetapi sifat di dalam hati. Penyakit ini penyakit agama. Sakit pasal agama, bukan sakit pada jasad.

“Sakit agama lebih teruk dari sakit jasad. Sakit jasad, apabila dia sakit, dia redha, kalau dia mati, dan dia beriman dia (akan) masuk syurga.

“Kalau sakit agama, akhirnyaya masuk dalam neraka. Samaada jatuh pada (sebagai) dosa besar mahupun jatuh pada (menjadi) kafir, selama-selamanya,”tambahnya.

http://www.youtube.com/watch?v=TN6nEdZpxic

Warga Mesir Berhimpun Semula Di Dataran Tahrir

Ribuan warga Mesir memenuhi Dataran Tahrir yang ikonik, semalam, untuk menyelar satu usaha merampas kuasa oleh pihak tentera yang memerintah, sedang negara itu menantikan keputusan pilihan rayanya yang pertama diadakan selepas pemerintahan bekas presiden, Hosni Mubarak.

Anggota dan penyokong kumpulan Persaudaraan Islam berhimpun di dataran tersebut untuk mengadakan protes, yang disertai kemudiannya oleh beberapa pergerakan sekular lain pada sebelah petangnya.

Para pembantah menggunakan payung, surat khabar dan topi untuk melindungi diri mereka daripada sinaran terik mataharai, sedang mereka melaungkan slogan “kecundanglah pemerintahan tentera”.

Seorang tokoh agama, Mazhar Shahinm, yang digelar pengkhutbah revolusi, menggesa pihak tentera supaya membatalkan perisytiharan perlembagaannya yang memberikan lebih banyak kuasa mutlak kepada tentera serta menerbalikkan satu keputusan yang membolehkan pihak tentera diberikan kuasa tangkapan.

Beliau memberi amaran bahawa sebarang bayangan penipuan dalam pilihan raya yang dinantikan warga Mesir itu akan “ditentang oleh rakyat dengan semua cara yang aman”.

Stesen teleisyen milik negara itu berkata Majlis Agung bagi Angkatan Tentera (Scaf) akan mengeluarkan kenyataannya di tengah-tengah kemarahan rakyat terhadap tanggapan adanya ancaman ke atas suasana demokrasi yang rapuh ketika ini, sejak pemberontakan di Mesir berjaya menggulingkan Encik Mubarak.

Ia bagaimanapun tidak memberi penjelasan lanjut.

Kumpulan Persaudaraan Islam mendesak bahawa calonnya, Mohamed Mursi, telah memenangi pilihan raya yang memecahbelahkan negara itu, dengan mengalahkan penentangnya, bekas perdana menteri Mesir, Ahmad Shafiq, sambil menyediakan salinan perangkaaan pilihan raya rasmi sebagai bukti.

Namun, dakwaan itu ditolak sekeras-kerasnya oleh Encik Shafiq, yang dilihat sebagai rapat dengan Encik Mubarak.

Dalam ucapannya, kelmarin, Encik Shafiq berkata beliau yakin akan diisytiharkan sebagai presiden “yang sah”, mencetuskan kebimbangan kemungkinan berlakunya pergolakan dalam negara yang telah melalui tempoh pergolakan politik dan keadaan tidak terjamin selama 18 bulan lalu.

Persaingan itu telah memecahbelahkan rakyat Mesir, memisahkan mereka yang bimbang berulangnya era rejim lama di bawah kepimpinan Encik Shafiq daripada mereka yang mahu mengekalkan agama di luar politik dan bimbang terhadap kemungkinan Persaudaraan Islam akan mengekang kebebasan peribadinya. – AFP.