Terengganu, Malaysia
Pendapat

Berganding Bahu, Bersiap Untuk PRU

Berganding Bahu, Bersiap Untuk PRULebih membanggakan, adalah kehadiran ramai anak-anak muda yang menggambarkan tembok pemisah antara pengundi muda semakin berjaya dirobohkan dan mereka sudah tidak segan silu lagi untuk sama-sama menyatakan sokongan kepada program-program yang dianjurkan oleh PAS di semua peringkat, khususnya DUN Jabi.

Berganding Bahu, Bersiap Untuk PRUSaya melihat program ini juga adalah  medan untuk mengumpulkan semua petugas jentera pilihanraya Dun dari semua peringkat samada Jawatankuasa MTD, Ulama’, Pemuda, Muslimat, Unit Peti Undi dan cawangan-cawangan untuk sama-sama turun padang, berganding bahu dalam rangka persiapan Dun Jabi menghadapi PRU 13 nanti.

Berganding Bahu, Bersiap Untuk PRUDengan hidangan gulai kawah sebagai menu utama, semua petugas  tak menang tangan melayan sekitar 3,000 para undangan yang bertali arus tiba dari serata tempat bukan setakat penduduk Dun Jabi malah menjangkau sehingga negeri Kelantan serta beberapa daerah berdekatan.

Berganding Bahu, Bersiap Untuk PRU

Momentum semangat ini perlu dikekalkan kehangatannya secara berterusan dengan beberapa siri program lagi sehinggalah gendang PRU dipalu. Dengan izin Allah, Umno akan ditalkinkan di Dun Jabi.

Dr Azman Ibrahim
Pengerusi MTD Jabi merangkap
Naib YDP Setiu/ Anggota BPPNT

http://www.drazmanibrahim.com/

 

 

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan