Terengganu, Malaysia

Dunia Kutuk Myanmar; Himpunan Solidariti Umat Islam Rohingya Jumaat Ini

Wilayah Rakhine kini berada di bawah perintah darurat dan pihak polis yang lengkap bersenjata kerap melakukan rondaan.

Menurut pihak berkuasa, sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh sejak Jumaat lalu.

Keganasan terbaru di wilayah itu merupakan sebahagian kitaran serangan membalas dendam antara penganut Buddha dengan puak Islam Rohingya.

Pergolakan di wilayah Rakhine, dilihat sebagai ujiam genting terhadap proses pembaharuan Myanmar sejak pemerintahan golongan tentera berakhir di negara itu tahun lalu.

Pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia khuatir jumlah sebenar kematian mungkin lebih tinggi de ngan sebuah kumpulan sokongan yang bekerjasama dengan puak Rohingya, The Arakan Project, menyatakan, puluhan orang telah terbunuh.

Pada 11 Jun, Setiausaha Negara Amerika, Cik Hillary Clinton, menggesa agar “semua pihak mengawal diri”, sambil menambah bahawa “Amerika terus berasa sangat prihatin” tentang keadaan di wilayah Rakhine itu.

PBB telah memindahkan lebih 40 kakita ngannya – termasuk warga asing – dan keluarga mereka dari pusat operasinya di Maungdaw, kawasan yang menjadi tempat tinggal ramai puak Rohingya, kawasan pertempuran juga dilaporkan berlaku.

Pihak berkuasa Myanmar telah melaksanakan perintah berkurung dan kawalan keselamatan yang ke tat sepanjang malam di wilayah itu.

Menurut PBB, terdapat sekitar 800,000 orang Rohingya di Myanmar, dengan keba nyakannya tinggal di Rakhine, sementara sekitar sejuta lagi atau lebih anggota masyarakat itu dipercayai tinggal di luar negara.

Pada 12 Jun, sekitar 600 anggota puak Rohingya, mengadakan tunjuk perasaan di ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur, menuntut agar PBB campur tangan bagi mengembalikan ke damaian di wilayah itu.

Justeru itu, Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Malaysia (LA DPPM) memandang serius isu pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Rohingya, Myanmar oleh tentera kerajaan Myanmar kebelakangan ini. Sehingga hari ini, dilaporkan seramai  dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.

Bagi LA DPPM, serangan dan pembunuhan yang berlaku ke atas etnik Rohingya Muslim adalah suatu tindakan kejam yang terancang oleh mereka yang berdendam dengan umat Islam di sana. LA DPPM melihat isu kekejaman ke atas umat Islam Rohingya, Myanmar adalah isu sejagat yang wajib ke atas semua masyarakat khususnya umat Islam bangkit bagi membela dan menyatakan bantahan.

LA DPPM difahamkan, pihak keselamatan, polis dan tentera, bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim. Umat Islam di Rohingya dibunuh, diseksa, wanita diperkosa, sementara rumah-rumah dan perkampungan mereka dibakar dan peralatan mereka dirampas. Ramai mereka yang tercedara dinafikan hak untuk mendapatkan rawatan di hospital.

Malah, umat Islam di sana mereka mengalami penderitaan yang panjang seperti perampasan rumah, tanah, ternakan, pemusnahan masjid, arahan tidak dibenarkan membaiki mana-mana masjid, ratusan masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha, perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera, penangkapan, penyiksaan tanpa bicara, perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha.

LA DPPM menuntut kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya terhadap isu ini serta turut menyatakan bantahan tegas kerajaan terhadap kerajaan Myanmar. Kerajaan bertanggungjawab atas semangat ASEAN menyatakan bantahan agar kekejaman tidak lagi berlaku terhadap umat Islam di Myanmar.

Atas semangat persaudaraan Islam ini, DPPM menyokong perhimpunan aman solidariti umat Islam Rohingya, Myanmar yang dianjurkan oleh Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) pada hari Jumaat, 15 Jun 2012  di depan kedutaan Myanmar, Jalan Ampang selepas Solat Jumat. Perarakan ini akan bermula dari Masjid Tabung Haji selepas solat Jumaat. DPPM menyeru umat Islam agar bersama-sama menyertainya.

Selain itu, DPPM bersama SHURA dan MAPIM juga akan menganjurkan majlis solat Hajat Perdana bersama komuniti Rohingya pada hari Ahad, 17 Jun 2012. Majlis ini akan diadakan di Masjid Negara selepas solat Zuhur berjemaah di sana. Umat Islam turut diseru untuk bersama-sama dalam majlis ini.

Sementara itu, malang berganda menimpa apabila pasukan penga wal sempadan Bangladesh,  pada 12 Jun telah mengusir tiga lagi bot yang membawa sekitar 100 orang Islam Rohingya, yang melarikan diri daripada keganasan yang berlaku di Myanmar.

Bot-bot itu ditahan sebelum dibawa kembali ke perairan Myanmar, kata Mejar Shafiqur Rahman daripada pasukan Pengawal Sempadan Bangladesh (BGB).

Katanya, pasukan BGB telah mengusir 11 bot yang membawa le bih 400 orang Islam Rohingya sejak kelmarin.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan