Mahfuz Mahu ’Pecutan Akhir’ menangkan Zulkefly

969

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/10/IMG_0745.jpgManakala, Hari Pembuangan Undi pada Ahad, 11 Oktober ini merupakan garisan penamat; memenangkan calon bersih, berintegriti serta berkemampuan bersama kehendak rakyat membuat perubahan.

Demikian motivasi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar sebelum melepaskan ’gerombolan’  jentera kempen rumah ke rumah pagi kelmarin di sini. 

Majlis yang disertai kebanyakan Ahli Parlimen serta Adun Pakatan Rakyat itu diminta bercakap serta mengajak pengundi memenangkan Zulkefly Mohamad Omar; menggunakan ‘bahasa hati’.

Dalam masa yang sama, Mahfuz menasihatkan ahli dan para penyokong Umno supaya meninggalkan politik samseng, rasuah dan ugutan kerana ia hanyalah permainan segelintir pemimpin mereka yang pentingkan diri sendiri.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menyeru para petugas dan jentera PAS serta Pakatan Rakyat menunjukkan akhlak terpuj kepada semua pihak, termasuk kepada segelintir agen provokatif Umno.

Berucap pada majlis yang sama, Pengerusi DAP Negeri Anthony Loke Siew Fook mengajak rakyat menolak calon rasuah.

Seruan itu sudah tentu ditujukan beliau, kepada calon Umno Tan Sri Mohd Isa Addul Samad; yang sebelum ini dipertikaikan oleh banyak pihak kerana mengamalkan rasuah.

Katany lagi, jika rakyat tidak mahu anak mereka membesar menjadi perasuah kerana malu dikritik khalayak, maka seharusnya ibu bapa perlu membuat perhitungan yang wajar – mengundi Zulkefly Mohamad Omar.

Beliau mengaskan, rakyat mesti jelas, yang menolak Isa kerana amalan rasuah, bukanlah dikalangan Pakatan Rakyat.

Tetapi, katanya, Lembaga Disiplin Umno sendiri mengambil tindakan sewaktu berlangsungnya Pemilihan Agong Umno (PAU) 2005 yang lalu.

Angkara rasuah jugalah PAU mendesak Isa melepaskan jawatan Menteri Wilayah Persekutuan yang baru sahaja disandangnya.

“Jika tujuh pilihanraya kecil lepas menyaksikan rakyat sedia bersama Pakatan untuk melakukan perubahan, (maka) dalam pilihanraya kecil kali ini (Bagan Pinang), PAS serta Pakatan perlu memulakannya dengan pecutan terakhir tersebut,”katanya.

Pilihanraya Kecil N31 DUN Bagan Pinang menyaksikan kemantapan PAS, DAP dan PKR siap siaga  dalam satu parti bernama Pakatan Rakyat, sedangkan Umno/BN bagaikan ’telur dihujung tanduk’ kerana pepecahan dalaman parti tersebut.