BESUT – Masyarakat Hulu Besut sentiasa bersama denyut nadi rakyat Palestin, ini dapat dilihat dengan sambutan yang diberikan ketika “Program Kutipan Sumbangan untuk Palestin”.
Ketua Ameerah DUN Hulu Besut, Nurul Nasihah Mustaffa berkata masyarakat sekeliling yang semakin sedar akan keadaan terkini tentang penindasan yang dialami oleh umat Islam di Palestin.
“Program telah menarik perhatian ribuan penduduk tempatan yang mengunjungi Pasar Malam Pasir Akar,
” Dengan sukarelawan yang ramai serta bantuan penduduk, program kutipan sumbangan ini berjaya mengumpulkan sumbangan yang signifikan dalam tempoh singkat, ” katanya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi di sini selepas program anjuran Ameerah DUN itu, yang diadakan pada Rabu, 18 Oktober.
Menurutnya lagi, hasil sumbangan akan digunakan untuk membantu mangsa penindasan di Palestin, termasuk membekalkan bantuan kemanusiaan, makanan, dan perubatan yang diperlukan.
“Ameerah DUN Hulu Besut juga berharap bahawa program ini akan menggalakkan kesedaran tentang isu ini di kalangan masyarakat tempatan.
” Kami sangat terharu dengan sokongan yang diberikan oleh masyarakat Hulu Besut membuktikan bahawa kita bersatu dalam usaha membantu saudara-saudara kita di Palestin yang sedang mengalami kesusahan yang teruk,” katanya dengan senyuman.