DUNGUN – PASTI Al Mukmin, Kampung Che Lijah mengulangi kejayaannya tahun lalu dengan dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan dengan membawa pulang trofi Johan Keseluruhan dan Piala Pusingan Alam Ria PASTI DUN Rantau Abang (PADURA) 2023
Penyelaras PADURA, M Yusof M Zahid berkata PASTI tersebut bergelar sebagai Johan menerusi enam acara yang dipertandingkan iaitu pidato, khutbah, azan, hafazan (lelaki dan perempuan) dan bercerita(perempuan).
Beliau berkata demikian ketika dihubungi di sini semalam mengulas program tahunan yang diadakan di PASTI Aisyah Jalan Intan di sini pada Sabtu 14 Oktober.


Seterusnya beliau menambah, program itu adalah suatu kejayaan manis dan pengalaman berharga kepada anak-anak PASTI yang menyertai Alam Ria PADURA 2023.
“Pengorbanan para guru membuahkan hasil,” benarlah usaha tidak mengkhianati hasil”.
“Jawatankuasa penganjur yang menggabungkan Pemuda, Ameerah dan Muslimat bekerjasama dengan baik menjayakan program kali ini, apa yang terkurang dari jawatankuasa insyaAllah diperbaiki pada masa akan datang,” ujarnya.
Yusof turut berterimakasih kepada ibubapa yang sentiasa memberi sokongan dan kerjasama di dalam sebarang aktiviti PADURA.
” Pasukan Alam Ria PADURA sedang memulakan langkah menuju ke Alam Ria Kawasan Dungun pada 21 Oktober 2023, mudah-mudahan berjaya mengekalkan kejuaraan di peringkat kawasan Dungun. InsyaAllah.” katanya mengakhiri perbualan.




























