PRK Bagan Pinang, Pakatan lawan Barisan

1246

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/10/bg_angkat_tangan.jpgZulkefly Mohamad Omar dengan calon BN yang diwakili UMNO Tan Sri Isa Samad

Pengumuman dibuat oleh SPR, pegawai pengurus pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang Abdul Wahab Shamsuddin selepas masa bantahan tamat pada jam 11 pagi.

Sehingga jam 10 pagi hanya dua calon yang menyerahkan borang pencalonan manakala calon Bebas Shahruddin Abdul Hamid gagal menghantar borang pencalonannya kerana tidak mendapat penyokong dari kalangan pengundi tempatan.

Dengan pengesahan pencalonan tersebut, sah bahawa UMNO/BN terdesak dan menerima calon kitar semula yang penuh dengan imej yang ’calar balar’ kerana dikaitkan dengan rasuah dan penyelewengan.

Manakala PAS telah mengemukakan calon muda yang bersih dan profesional, serta berkelulusan tinggi yang menjadi aspirasi ’Bersama Khendak Rakyat’ yang menjadi tema Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil kali ini.

Rata-rata, orang awam menerima baik calon yang dikemukakan oleh PAS manakala menggeleng kepala dengan pencalonan UMNO.

Seorang kenalan lama, yang bertugas di sebuah Institut Pengajian Tinggi tempatan disini telah menghantar SMS kepada Buletinonline, menyatakan komennya tentang calon BN.

Beliau bersetuju dengan pendapat ramai yang menolak Isa kerana menurutnya majoriti penduduk tidak lagi mahukan Isa.

”Betul, saya setuju, ramai yang sudah tidak mahukan Isa, tetapi konco-konconya menggunakan kuasa untuk kepentingan kelompok mereka,”katanya.

Manakala seorang bekas guru yang ditemui berkata, dengan kuasa desakan dan ugutan, kelompok Isa kita seolah-seolah ’mati hidup semula’.

”Kelompok ini sudah mati, tenggelam dalam masyarakat, namum dengan desakan dan ugutan, ’mayat-mayat’ politik ini bernyawa semula,”jelasnya.

http://www.youtube.com/watch?v=7z8CpqdakIg

http://www.youtube.com/watch?v=8yO6-sj6qZw