Ucapan Sulung Calon PAS/ Pakatan Rakyat PRK Bagan Pinang

960

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/09/zul2.jpg Beliau mempunyai latarbelakang pendidikan yang tinggi, iaitu memiliki Sarja Sains (Masters in Science) dari Universiti Putra Malaysia serta Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari UiTM.

Manakala latarbelakang politik bermula daripada Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan, kemudia sebagai Exco Pemuda PAS Pusat dan kini adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan.

Latarbelakang Kerjaya, beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Perhubungan Koperasi Celcom, Eksekutif Pengurusan Koporat Pusat Zakat Selangor, Ketua Bahagian Marketing Planning Telekom Malaysia Pengurus Kanan IS Teknologi Sdn Bhd dan sekarang memiliki syarikat sendiri R & R Sdn Bhd.

Kejayaan paling besar beliau adalah mengetuai usaha menghalang pelupusan sampah di Broga. Beliau alah Pengerusi ’No Incenarator Broga’. Kerajaan mahu membina pusat pelupusan sampah terbesar di Asia yang menyebabkan pencemaran pusat takungan air di Semenyih, namun dengan usaha beliau kerajaan telah membatalkan pojek itu.

Sebaik diumumkan menjadi calon, beliau telah berucap dikhalayak ramai. Ikuti ucapan beliau dalam video klip dibawah;

http://www.youtube.com/watch?v=5SHCNuddjNo