KUALA TERENGGANU – PAS Kawasan Besut memberi jaminan akan meneruskan gerak kerja ke arah menjadikan Besut sebagai ‘Gerbang Pertahan Terengganu’.
Setiausaha PAS Besut Cikgu Shalahuddin Jaafar berkata, ikrar tersebut diucapkan sendiri oleh Yang DiPertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad kepada semua pemimpin negeri yang turun ke kawasan itu.
“Sebagai setiausaha kawasan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pimpinan negeri yang turun ke Besut, untuk persiapan menghadapi PRU15,
“Pimpinan utama telah menjelaskan isu politik semasa serta menyampaikan amanat penting.” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi semalam, mengulas lawatan tersebut yang diadakan pada Selasa 14 Jun.


Menurutnya program dimulakan pada sebelah petang dengan program santai kedai kopi di DUN Kuala Besut, Kota Putera, Jerteh dan Hulu Besut.
“Dalam program tersebut pimpinan negeri menyantuni rakyat di kedai-kefai kopi. Alhamdulillah rsmai yang hadir untuk menemui pimpinan PAS negeri.
“Pada sebelah malam AJK harian negeri mendengar taklimat daripada PAS Kawasan Besut mengenai persiapan PRU15.” Jelasnya.
Kata beliau, seramai 250 jentera PAS Besut pelbagai peringkat, mengikuti sesi dialog bersama pemimpin.



























