Sukarelawan Syariah Amanah Berat

709

KUALA TERENGGANU – Melaksanakan amanah dalam melakukan tugas sebagai sukarelawan syariah bukanlah mudah kerana ia akan dioersoalkan, bukan sahaja di dunia ini, bahkan di akhirat nanti.

Salman Al Farisi Talib, 37, dari Kampung Batu Enam, Kuala Nerus berkata, menjaga akhlak dan mematuhi arahan adalah pra-syarat utama yang mesti dihayati.

“selain itu, kita mesti bersiap siaga pada bila-bila masa sebab kita berkhidmat kerana Allah, kerja ni sebahagian tuntuan agama, fardhu Kifayah.,” tegasnya

Justeru itu, beliau memberi galakan kepada pemuda pemuda lain untuk turut serta, bersama-sama menjaga menegakkan ‘syariah Islamiyah’.

” Persiapkan dengan ilmu agama dan dakwah untuk menghadapi cabaran cabaran sebagai sukarelawan, ” tambahnya