Beberapa isu utama yang perlu diberikan perhatian oleh pihak berwajib, khususnya Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.
Pertama, infrastruktur dan kemudahan asas. Kemudahan pasar borong yang dimanfaatkan oleh 99.99% peniaga melayu ini kelihatan seperti zaman ‘cowboy’ dengan kedhaifan persekitarannya. Sebahagian besar jalannya tak berturap, binaan-binaan kayu yang uzur, longkang tersumbat dan berbau busuk khususnya di kawasan peniaga bahan –bahan basah seperti ikan dan ayam, bekalan air yang lebih kerap terputus dan pelbagai lagi. Sepatah rungutan mereka yang kami dengar.
“Kenapa kami dianaktirikan, di sini yang berniaga adalah orang melayu, Majlis Bandaraya kutip cukai dari kami, tak kan nak tunggu kami angkat sepanduk, buat demonstrasi, baru nak baiki!”
Kedua, Kelemahan penguatkuasaan sehingga membenarkan peniaga-peniaga luar datang memasarkan barang-barang mereka di atas lori di kawasan parkir kenderaan secara berleluasa tanpa sekatan sehingga menjejaskan pendapatan peniaga-peniaga yang sah di sini. “Kami di sini dikenakan macam-macam bayaran, sedangkan orang luar ambil kesempatan secara percuma.” Kata mereka.
Samada secara langsung atau tidak, kekurangan ini telah menyumbang kepada penurunan mendadak bilangan pelanggan yang datang berurusan sehingga para peniaga mengakui, akhir-akhir ini hasil jualan mereka berkurangan hampir separuh daripada biasa. Ditambah lagi dengan saingan dari pasaraya besar yang menawarkan serba-serbi dengan kemudahan yang selesa dan nyaman, sedangkan kami berniaga dalam keadaan serba kekurangan.
Berkenaan sumber bekalan hasil-hasil pertanian, secara umum, jelas didapati Terengganu masih gagal untuk beranjak dari pertanian tradisi dan sara diri kepada pertanian adalah perniagaan. Sebahagian besar bekalan sayur-sayuran dan buah-buahan yang dipasarkan di sini adalah produk keluaran Thailand dan Cameron Highland.
Ternyata slogan ‘Pertanian Adalah Perniagaan’ gagal direalisasikan oleh kerajaan negeri walaupun telah membelanjakan peruntukan puluhan juta ringgit setiap tahun. Di mana silapnya?
Dr Azman Ibrahim Ketua Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar Terengganu.
KUALA TERENGGANU - Kerajaan digesa agar segera menyalurkan peruntukan untuk menaik taraf Hutan Lipur Sekayu yang merupakan aset penting negeri ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri...
KUALA TERENGGANU – Struktur bumbung Masjid Kampung Tok Kah di Rantau Abang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan berisiko runtuh pada bila-bila masa akibat...
KUALA TERENGGANU – Gerak kerja pilihan raya yang digerakkan seawal selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menjadi antara faktor utama keyakinan PAS untuk terus...
IRNA – Sumber diplomatik di Pakistan mengatakan tiada delegasi diplomatik dari Iran telah dihantar ke Islamabad “setakat ini.”
Sebagai tindak balas kepada spekulasi tentang kemungkinan...
Tindakan kontraktor Projek ECRL hanya melakukan "tampalan kosmetik" (patching) dalam membaiki jajaran yang rosak ditegur supaya mengikut spesifikasi Jabatan Kerja Raya(JKR).
Timbalan Ketua Pemuda PAS...