Baucer 1 Malaysia Tidak Berkesan

731

Berasas beberapa fakta di atas, Baucer tersebut dilihat tidak berkesan melainkan ianya dipanjangkan tempoh sehingga ke satu tarikh yang munasabah untuk meraikan perkara berikut. Antara contohnya :

a] Awal pembukaan semester untuk sessi baru pengajian [ waktu inilah mereka perlukan buku ]

b] Permulaan pengajian Matrikulasi [ waktu inilah mereka perlukan buku ]

c] Pesta Buku Antarabangsa pada bulan April [ waktu inilah mereka perlukan buku ]

Baucer tidak menepati masa yang sesuai inilah menyebabkan sebahagian pihak menjual baucer tersebut untuk mendapatkan wang tunai. Kerana keperluan mereka buat masa ini bukan buku sebab final exam telah berlangsung dan mereka akan bercuti.

Justeru itu Dewan Pemuda PAS Malaysia menyarankan agar kerajaan mengkaji juga bebanan lain yang dihadapi oleh mahasiswa seperti :

a] kos yuran
b] sewa rumah yang tinggi
c] kos hidup
d] PTPTN dan lain – lain.

Sedang Islam meletakkan bahawa kerajaan wajib memberi pendidikan percuma pada rakyat bukan sekadar anugerah wang one – off seperti baucer buku tersebut.

*** Tulisan Ustaz Nasruddin Hassan, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia