Terengganu, Malaysia

Anggota politik kanan Hamas, Dr Aziz Dweik ditangkap

Menurut ketua staf pejabat Aziz, Bhaa Youssef,  penangkapan berlaku di Jaba antara Ramallah dan Jerusalem, ketika Aziz sedang dalam perjalanan dengan kereta ke Hebron.

Pihak regim Israel telah mengesahkan penangkapan itu.

Askar sempadan Israel berkata, beliau ditahan untuk “penglibatan dalam aktiviti-aktiviti pengganas”.

Saksi-saksi memberitahu agensi berita Palestin Maan bahawa askar-askar Israel telah menggari menutup mata Dr Aziz sebelum membawanya ke destinasi yang tidak diketahui.

Dr Aziz adalah anggota gerakan Islam Hamas, yang mentadbir wilayah Palestin di Gaza. Bagaimanapun, beliau berpangkalan di Tebing Barat.

Parlimen Palestin telah tidak dikuasai oleh Hamas apabila parti itu mengambil alih kuasa di Gaza pada tahun 2007 daripada Parti Fatah.

Sejak itu Fatah  yang  disokong oleh pihak Barat hanya mentadbir Tebing Barat.

Menurut wartawan BBC, Davies Wyre, Aziz Dweik telah kekal sebagai tokoh yang berpengaruh di kalangan politik Palestin.

Ramai yang melihat penangkapan beliau sebagai tindakan provokatif dan bukti bahawa Israel meneruskan dasar menyekat pergerakan anggota kanan Palestin, tambah beliau.

Penangkapan berlaku di tengah-tengah ketegangan yang meningkat antara Israel dan Gaza.

Pada Rabu lalu, pesawat Israel menyasarkan serangan ke atas Gaza dan tentera kerajaan haram itu mara hampir sehingga pagar sempadan antara Gaza dan Israel.

Pada bulan Mei tahun lalu, Dr Aziz pernah ditahan di pusat pemeriksaan tentera Israel di Tebing Barat bersama-sama dengan tiga Ahli Parlimen Hamas yang lain.

Pada ketika itu, tentera Israel menahan Nizar Ramadan, tetapi membenarkan Dr Aziz dan lain-lain meneruskan perjalanan.

Penganalisis berkata kira-kira 20 daripada 74 daripada 132 anggota parlimen Hamas sedang ditahan oleh Israel.

Kenayakkan merea dtangkap di Tebing Barat ada tahun 2010, termasuk dua bekas menteri.

Bulan lepas Israel membebaskan 550 tahanan Palestin dalam fasa kedua dan terakhir perjanjian yang menyaksikan pembebasan askar Israel Gilad Shalit pada bulan Oktober.- Agensi

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan