Oleh : Khairuddin Yusoff, Ahmad Faizzudin Ismail
HULU TERENGGANU – Parti Islam SeMalaysia (PAS) terus mengorak langkah ke hadapan dengan meluaskan pengaruh dan menambah cawangan dalam mendepani cabaran mutakhir ini.
Timbalan Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Ajil, En Makhtar Mohd berkata, penerimaan dan suasana yang aman serta harmoni membuktikan PAS terus kekal dan relevan di DUN Ajil.
“Malam ini telah berlangsung mesyuarat agung PAS cawangan Kampung Gunung buat kali pertama, ini menandakan bahawa PAS masih diterima dan menjadi pilihan umum dan pengundi di DUN Ajil.
“Ini menunjukkan perjuangan dan matlamat islam diangkat terus kehadapan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Kali pertama Kampung Gunung di balairaya Kampung tersebut, pada 29 Januari.
Hadir sama Setiausaha MTD Ajil, Ustaz Ahmad Furqan bin Ismail, Ketua Penyelaras Pemuda PAS DUN Ajil, Encik Muhammad bin Zakaria serta ahli jawatankuasa PAS Cawangan Kampung Gunung.
Tambah beliau, kerjasama yang jitu antara ahli jawatankuasa dapat meluaskan cawangan bagi memartabatkan perjuangan PAS.
“Tahniah kepada Ketua PAS cawangan Gunung, Encik Zaroman, PEMUDA dan dan seluruh ahli jawatankuasa PAS cawangan berjaya mengambil insiatif dalam menjayakan penubuhan akar perjuangan PAS di DUN Ajil.
“Semoga usaha untuk memartabatkan islam di DUN ini akan berterusan dengan mengalirnya pahala kepada masyarakat yang ingin melihat syiar islam terus syumul dan subur di bumi Ajil ini khususnya, jelasnya.



























