Oleh: Fidee Aziz
KUALA TERENGGANU- Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) menyeru agar diadakan solat hajat di seluruh surau dan masjid demi memastikan negara berada didalam keadaan selamat serta dijauhi wabak jangkitan Novel Coronavirus.
Katanya, Semua pihak perlu mengambil langkah penjagaan diri dan ahli keluarga sebagaimana yang dikeluarkan oleh pihak berwajib bagi mencegah penularan virus itu yang sudah memasuki negara Malaysia.
Ketuanya, Nasir Razak berkata, DPPNT menyambut baik seruan dari Menteri Besar Terengganu,Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mengajak agar rakyat Negeri Terengganu supaya mengadakan solat hajat di semua tempat.
“Solat Hajat tersebut untuk memohon pertolongan dari Allah S.W.T supaya dijauhi mata petaka dan wabak jangkitan ini terus menyebar luas.
“Saya mengarahkan kepada semua pemuda dalam negeri ini untuk mengadakan solat hajat berikutan penularan virus ini. ,” ujarnya demikian dalam kenyataannya yang dipetik di laman ‘facebook’ Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, hari ini.
Justeru itu,rakyat perlu berhati-hati dengan wabak tersebut dan segera mendapatkan rawatan di mana-mana hospital yang berdekatan sekiranya mendapati simpton-simpton wabak virus tersebut terjadi.
Dalam perkembangan yang lain, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ada bukti menunjukkan berlakunya penularan daripada seorang individu kepada individu yang lain, khususnya dalam kalangan kontak rapat.
Sehubungan itu katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan itu, melalui maklumat daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
“Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya.
Begitu juga KKM, akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya, dilaksanakan secara berterusan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, beberapa hari yang lalu.



























