Terengganu, Malaysia

Lantik Segera Menteri Pendidikan

wah hassan

KUALA TERENGGANU – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir digesa melantik segera Menteri Pendidikan bagi menggantikan Dr. Maszle Malik bagi mengelak pelbagai spekulasi.

Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berharap pentadbiran negara tidak diheret dengan masalah persaingan politik dalaman Pakatan Harapan (PH).

“Walhal banyak lagi agenda reformasi pendidikan perlu difokuskan pada tahun 2020 ini. Banyak polisi dan keputusan kementerian pendidikan yang masih dinantikan oleh rakyat.

“Seperti isu pengiktirafan UEC, Tulisan Jawi, penulisan sejarah, sarapan pagi, PTPTN, Pengabungan UMT dan UNISZA, pembaikan sekolah daif , (serta)peningkatan kualiti pembelajaran dan pengurangan beban guru,”ujarnya dalam satu kenyataan media semalam.

Justeru itu, beliau menyifatkan, perletakan jawatan dan kelewatan pengumuman perlantikan Menteri Pendidikan yang baharu, mencerminkan kelonggaran ikatan dalam kalangan komponen parti PH.

“Setiap parti mempunyai agenda tertentu dan tidak menghormati kuasa prerogative YAB Perdana Menteri,” jelasnya dan menegaskan, rakyat mahu Kerajaan Persekutuan focus kepada agenda lebih besar.

“Untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan membentuk iklim pendidikan yang jauh lebih baik bermula dekad baharu ini,” tegas beliau.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan