Oleh : Aminji
KUALA TERENGGANU – Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Air Putih Cikgu Abdul Razak Bin Ibrahim, berkongsi pengalamannya mengajar Kelas Pemulihan Khas selama 32 tahun, dengan tenaga pendidik Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI).
Beliau berkata, selain peralatan, para guru PASTI perlu menguasai kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan anak-anak yang cemerlang.
“Guru-guru di setiap sekolah PASTI perlu menguasai kemahiran mengajar membaca terlebih dahulu sebelum memulakan kerjaya sebagai seorang guru prasekolah,
“penggunaan alat bantu mengajar (ABM) yang menarik dan sesuai juga merupakan elemen yang penting dalam proses pembelajaran untuk pelajar PASTI,” jelasnya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih berkata demikan ketika dihubungi pada Rabu 31 Januari 2020, mengulas pembukaan sesi baharu persekolahan yang bermula persekolahan semalam.
Menurutnya, perkara yang sama telah disampaikannya pada Kursus Kaedah Mengajar Membaca untuk guru-guru PASTI Negeri Terengganu 25 Disember lalu.
Dengan itu, kata beliau, ia akan memudahkan para guru dan pelajar, memberikan lebih perhatian dan memahami sesuatu pelajaran sewaktu di dalam kelas.
Katanya, seramai 500 orang guru-guru PASTI di seluruh Terengganu terlibat dalam kursus tersebut yang memberi manfaat untuk anak-anak pelajar PASTI.










