Terengganu, Malaysia

Libatkan ‘Geng Baju Merah’ Dalam Operasi Banjir

Libatkan ‘Geng Baju Merah’ Dalam Operasi Banjir

Oleh : Syazwana M. Zohir

KUALA TERENGGANU – ‘Geng Baju Merah’ atau Jabatan Amal Malaysia (JAM) mesti dilibatkan dalam operasi banjir kerana mereka adalah golongan yang aktif dan sentiasa bertungkus-lumus dalam menjalankan tugas.

Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan Kemaman, Hanafiah Mat berkata, ia adalah ahli Khidmat Pengurusan Kecemasan dan Bencana (KHIDMAT Malaysia) yang merupakan satu badan pengurusan penyelamat, bantuan pemulihan bencana dan kecemasan yang bernaung di bawah Parti PAS.

“Kalau kita lihat daripada kejadian banjir di Kemaman dulu, ‘Geng Baju Merah’ inilah yang paling banyak dan paling awal turun padang bagi membantu mangsa banjir.

“Dan KHIDMAT Malaysia merupakan salah sebuah badan yang banyak terlibat dalam operasi banjir,” ujarnya.

Libatkan ‘Geng Baju Merah’ Dalam Operasi BanjirBeliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Taklimat Kesiapsiagaan 2019/2020 yang diadakan di Kediaman Seri Iman, di sini, pada Khamis, 19 Disember.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Ameerah Malaysia, Zuraida Md Noor, Pengarah Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam Abd Rahman dan Pengarah Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu, Zuhami Omar.

Menurutnya, perjumpaan tersebut bertujuan untuk menerangkan berkenaan prosedur bagaimana cara berkerjasama dengan agensi kerajaan pusat (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) semasa gerak kerja banjir.

“Jadi sebab itulah, saya memanggil mereka untuk bersama-sama bermesyuarat pada malam ini agar mereka tahu bagaimana usaha membantu mangsa banjir (agar) berjalan dengan tersusun,” katanya.

Beliau menambah, KHIDMAT Malaysia juga ada kepakaran seperti pengendalian radio amatur

“Rugi kalau kita tidak gunakan.

“Jadi saya akan bincangkan perkara ini bersama dengan pihak atasan untuk memastikan KHIDMAT Malaysia ada tempatnya dalam organisasi pengurusan banjir kita, supaya arahan pergerakan dan gerak kerja itu nanti lebih berpusat,” jelas Hanafiah.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan