Terengganu, Malaysia

PAS Berdakwah Dalam Pelbagai Cara

PAS Berdakwah Dalam Pelbagai Cara

Oleh :Nooreni Abu Bakar

KUALA NERUS – PAS adalah sebuah parti yang menyampaikan dakwah dalam pelbagai cara untuk menarik perhatian dan minat orang ramai kepada Islam.

Ketua Muslimat PAS Kuala Nerus, Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata,ia termasuk dalam bentuk tazkirah dan peringatan boleh disampaikan menerusi pantun, gurindam dan nasyid.

“Ini adalah satu cara dakwah di mana di dalamnya terdapat hujah – hujah, ayat – ayat Al Quran, bukti – bukti yang nyata yang tidak salah,” ujarnya.

PAS Berdakwah Dalam Pelbagai CaraBeliau yang juga Naib Ketua Muslimat PAS Negeri Terengganu itu berkata demikian ketika
berucap pada Majlis Penutup Pertandingan Pidato Peringkat Kawasan Kuala Nerus yang berlangsung di Dewan Serbaguna Taman Permint Perdana, Seberang Takir dekat sini pada 16 Disember.

Justeru itu, Roslina berharap agar para pemidato akan terus menyemarakkan lagi peranan PAS untuk mentarbiah ahli dan masyarakat.

“Kita telah melahirkan 24 orang pemidato sepanjang 2019 ini, insya Allah (akan) memudahkan gerak kerja kita untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

“Untuk menerangkan pencapaian kerajaan Terengganu yang berteraskan Islam dan mementingkan kebajikan dan rakyat perlu mengekalkannya,” jelasnya.

Dalam pertandingan tersebut wakil daripada DUN Bukit Tunggal, Rahayu Abd. Rahim telah mengungguli kategori Muslimat manakala kategori Ameerah dinobatkan Ummi Juwairiyyah Halmi yang mewakili DUN Seberang Takir sebagai juara.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan