Kerajaan Permudahkan Kelulusan Projek Perumahan

1070

KUALA TERENGGANU – Kerajaan PAS Terengganu telah memendekkan tempoh kelulusan projek perumahan sebagai usaha untuk memudahkan pemaju menyegerakan pembinaan Rumah Mampu Milik(RMM).

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu Dr. Alias Razak memberitahu sebelum ini pihaknya menerima banyak rungutan daripada pemaju yang mengambil masa yang lama untuk mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri(MMKN).

“Ada yang memakan masa yang begitu lama sampai ada sehingga setahun, (malah) dua tahun,” ujarnya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar Negeri berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Buluh Gading, Ustaz Ridzuan Hashim di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri(DUN) di Wisma Darul Iman di sini semalam.

Pengarah Majlis Tindakan DUN Buluh Gading itu, meminta penjelasan lebih lanjut dan perbandingan dengan sebelum kerajaan mengadakan insentif baharu ?

Menurut Dr Alias, pihaknya juga memendekkan tempoh kelulusan mengikut bilangan projek dan bilangan unit rumah.

“Tempoh projek mengikut bilangan unit rumah, ada yang sebulan, ada yang sebelum sebulan, ada yang kurang dari sebelum sebulan, ada yang siap 42 hari.dan projek yang besar ada sampai setahun.