KUALA TERENGGANU – Kerajaan PAS Negeri Terengganu memperuntukkan RM 70 juta bagi menjaga kebersihan dan keceriaan.
Timbalan Pesuuruhjaya PAS negeri. Dr. Alias Razak berkata peruntukkan berkenaan adalah untuk kos angkut sampah dan bersih kawasan yang akan diagih seluruh Negeri Terengganu.
“Ini semua satu pengorbanan besar oleh kerajaan (bagi) menjaga kebersihan dan keceriaan seluruh Terengganu.
“Sebab kita sudah tak ambil lagi cukai pintu kediaman yang kita kehilangan hasil 14 juta terpaksa buat tambahan 20 juta hanya untuk konsesi ataupun keswastaan kita dalam angkut sampah dan bersih kawasan,” ujarnya.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Perkarangan Wisma Darul Iman (WDI), sempena persidangan DUN, semalam.
Selain itu, katanya tempat pelupusan pepejal di Sungai Ikan akan ditambah baik dan dinaik taraf.
“Dengan peruntukkan tahun ini kita buat infra dalam (kos) RM 300 000, (pada) tahun hadapan Rm3 juta untuk kita buat satu bahagian lagi untuk tempat pelulupusan sampah kit peruntukkan di Sungai Ikan bagi menampung sampah di seluruh Negeri Terengganu,” ujar beliau.





























