Terengganu, Malaysia

Paras Air Sungai Pasir Raja di Paras Normal

Paras Air Sungai Pasir Raja  di Paras Normal

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN- Pasir Raja diantara kawasan berisiko menghadapi banjir pada hari ini berada di paras normal dan tidak membimbangkan.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) PAS Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman berkata ianya berbeza berbanding semalam.

“Dimana semalam hujan turun tiada henti dan begitu lebat, Pasir Raja antara lokasi yang sering diberi perhatian apabila berlakunya hujan tiada henti.

“Walau bagaimanapun pihak kita telah bersiap siaga menghadapi banjir pada kali ini, dan bilik perpindahan juga telah bersedia untuk beroperasi jika berlakunya banjir,” ujarnya.

Paras Air Sungai Pasir Raja  di Paras Normal
Beliau berkata demikian dihubungi pihak media, mengulas mengenai keadaan semasa di DUN Bukit Besi, pada hari ini.

Dalam tumpuan yang lain, Ghazali berkata BELIAU telah turut mengadakan tinjauan telah ke Kampung Shukor.

“Dimana semalam kita menerima maklumat, bahawa paras air sungai meningkat dan mula melimpah.

“Kita telah turun, dan melihat air sungai tersangat deras, walaupun begitu keadaan terkawal,” ujarnya.

Paras Air Sungai Pasir Raja  di Paras Normal

Katanya, pihak Jabatan Bomba Al-Muktafi Billah Shah dan Penyelamat juga telah turun padang.

“Bersedia membantu mangsa-mangsa banjir untuk dipindahkan dengan menggunakan segala kelengkapan dan anggota yang ada,”ulasnya.

Semua pihak, katanya termasuk Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) terlibat banjir memainkan peranan penting.

“Dimana kita akan terus berhubung dari semasa ke semasa, dan mengharapkan agar penduduk memberikan kerjasama yang baik sekiranya terpaksa berpindah.

“Sama-samalah Kita doakan agar hujan tidak berterusan serta hujan tidak akan berterusan sehingga mengakibatkan banjir mahupun bencana yang tidak diingini,” ujar beliau.

Paras Air Sungai Pasir Raja  di Paras Normal

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan