Oleh: Muhammad Syafiq Syakirin
MARANG – Perbalahan perbezaan politik antara Parti Islam Semalaysia (PAS) dan parti UMNO perlu dibuang bagi memantapkan penyatuan ummah di akar umbi bagi memperkasakan umat Islam di Negeri Terengganu.
Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) , Mohd Nor Hamzah berkata umat islam khususnya di Negeri Terengganu perlu bersatu membuang sifat perbezaan politik bagi melawan musuh Islam yang berada di negara ini.
“Kita sekarang ini dalam era fitnah, ramai musuh cuba untuk menjatuhkan islam. Oleh itu, kita perlulah bersama- sama bergabung dan buanglah perbalahan kerana perbezaan politik bagi memperkuatkan umat islam di dalam negara ini” kata beliau.
Beliau berkata sedemikian ketika memberi ucapan dalam Ceramah Maniefesto dan Isu semasa anjuran Dewan Muslimat PAS Kawasan Marang di DewanSivik Bukit Payung, semalam.
Menurut beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Marang turut berpesan supaya meneliti segala info info yang diperolehi dari media sosial seperti aplikasi facebook ataupun ‘whatsapp’ dan jangan mempercayainya tanpa kesahihan berita tersebut.
“Dalam era media sosial sekarang ini, kita banyak mendapat maklumat melalui media social seperti aplikasi ‘Whatsapp’ ataupun ‘Facebook’ yang kita belum pasti tentang kesahihannya. Inilah yang perlu dijaga kerana takut maklumat yang disampaikan itu adalah fitnah semata mata bagi menghancurkan kerajaan yang kita bina ini.” ujar beliau.




























