Oleh : Nooreni Abu Bakar
DUNGUN – Parti Islam SeMalaysia (PAS) Terengganu mensasarkan seramai 120,000 orang akan berjaya didaftarkan sebagai ahli parti itu di negeri ini sehingga akhir Disember 2019 nanti.
Ketua Penerangannya, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah menegaskan, untuk menjayakan hasrat itu, semua peringkat mestilah berusaha bersungguh-sungguh agar objektif tersebut dapat dicapai.
“Dengan suasana politik semasa, insyaAllah (ia) memberi ruang dan peluang kepada kita ke arah pencapaian itu”, ujarnya.


Justeru itu beliau berkata, jentera PAS mestilah berusaha berusaha keras bagi memastikan, dakwah dipertingkatan bagi agar empat orang ahli baharu didaftarkan pada setiap hari
“Giatkan usaha menambah ahli PAS secara besar-besaran bagi mencapai sasaran yang ditetapkan,” ujarnya.






























