Oleh : Jusmawari Jusoh
Foto : Ika & Ainum
BESUT – Dewan Muslimat PAS negeri Terengganu (DMPNT) menyeru kepada orang ramai agar teruskan melangkah demi sebuah perjuangan dan masa depan negara.
Timbalan Ketuanya, YM Raja Endun Raja Abdul Rahman berkata, rakyat perlu bersama-sama menyokong kerajaan PAS di negeri ini.
“Kita kena berusaha untuk mewujudkan satu masyarakat yang harmoni dan sejahtera sejajar hasrat kerajaan negeri, tambahan sekarang dah bentuk satu persefahaman dengan Umno”
“Apalagi sekarang boleh berkawan dah dengan Umno. Pilihanraya sudah tidak lama dan Kita (kesuntukan) masa dah. Semuanya atas kita,” jelasnya.


Turut hadir sama ialah Timbalan Ketua DMPKB Hajah Wan Baimah Wan Nor dan Ketua Lujnah Tarbiyah Muslimat PAS Kawasan Besut Ustazah Suryani Yaacob.
Tambahnya, seramai 200 orang hadir ke program tersebut untuk mengikuti perkembangan isu-isu semasa dalam negeri.
“Allah bagi kita menang bukan sebab kita berjuang, kita berjuang sampai ke tua sekalipun tak akan menang kalau Allah tak bagi.
“Jadi, jangan susah hati. Allah tak tanya menang ke tidak, Allah tanya buat tak tanggungjawab hok (yang) sepatutnya nak menangkan Islam,” ujar beliau.




























