PAS Dungun Simpati Mangsa Kebakaran Felda Jerangau

1315

Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Parti Islam Se-Malaysia(PAS) Kawasan Dungun melahirkan rasa simpati keatas nasib tiga keluarga yang terlibat dengan kebakaran rumah di Felda Jerangau baru-baru ini.

Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Dungun, Cikgu Alias Harun berharap mereka bersabar dengan takdir yang menimpa dan PAS Kawasan sedang berusaha agar agensi-agensi yang terlibat dapat menyegerakan pembinaan tempat kediaman yang baharu.

“Tetapi tidak dapat dalam masa terdekat, memandangkan banyak proses – prosesĀ  yang perlu dilakukan.,” jelasnya ketika dihubungi di sini pada 14 Julai.

Di dalam laporan Teganukita pada 6 Julai, kebakaran yang melibatkan tiga buah rumah di Felda Jerangau itu, dua daripadanya musnah manakala rumah ketiga berjaya diselamatkan daripada turut musnah.

Menurut Alias, Majlis Tindakan DUN Bukit Besi akan membantu membaiki kerosakan yang dialami rumah yang ketiga.

“Memandangkan ianya tidaklah rosak teruk dan DUN-DUN lain di Parlimen Dungun juga mengadakan pungutan derma untuk membantu meringankan mangsa – mangsa kebakaran,” katanya.