Oleh NUR AIN MANAF
KUANTAN: Aliran pemikiran politik di Malaysia telah beralih dari politik persepsi kepada politik realiti iaitu politik sebena.
Bahkan pasca Pilihan Raya Umum ke 14, bukan politik yang mencetuskan ketengangan dan ketegahan, kata Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, semasa menyampaikan ucapan perasmian sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia kali ke-60.
Kata beliau, semua pihak termasuk anak muda membicarakan semangat negara dan masa hadapan negara.
Tambahnya apa yang penting untuk masa hadapan terdapat tiga komponen.
Antaranya kata beliau komponen yang perlu adalah,melahirkan rakyat yang bermaruah dan berakhlak kerana ia merupakan asas penting bagi pembinaan sesebuah negara.
Selain itu katanya, pembinaan dasar yang menetapi dengan ketetapan Allah serta perlu membina satu generasi yang mampu menjamin nilai kedaulatan negara.
Malah katanya, kedaulatan Negara merupakan satu asasi kepada sesebuah Negara.
Sementara itu beliau menyeru semua pihak membina muafakat (hubungan baik ) dengan semua negara.
Tambahnya, semua pihak juga perlu mengekalkan keamanan dan menguruskan negara dan kuasa dengan lebih baik.










