Oleh : Nooreni Abu Bakar
DUNGUN – Walaupun telah memerintah negeri Terengganu, Parti Islam SeMalaysia (PAS) tetap mengadakan Sumbangan Ramadan kerana ia adalah tanggungjawab parti kepada masyarakat.
Yang Di-Pertua PAS (YDP) Kawasan Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata PAS meletak tatacara kepada ahli-ahli yang menjadi wakil rakyat, Ahli Parlimen, wakil Dewan Negara dan ketua masyarakat dengan memberi perkhidmatan kepada rakyat semampu mungkin.
“Niat untuk menjadi ahli politik, jangan niat nak jadi kaya, kalau niat hendak jadi kaya pergi berniaga, jadi kontraktor, kalau jadi wakil rakyat, niat untuk membantu rakyat dan memberi kemudahan kepada rakyat”, ujarnya di majlis anjuran Pusat Khidmat ADUN Rantau Abang.


Menurutnya, Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sering mengingatkan, sebagai ketua masyarakat, hiduplah dengan cara hidup dan perjuangan Islam yang sentiasa memberi perkhidmatan kepada rakyat.
“Dan terserahlah di pilih raya umum, rakyat hendak pilih siapa”, ujarnya lagi.


“Seramai 760 orang penerima yang terdiri daripada 560 orang tidak berkemampuan dan 200 orang anak yatim telah terpilih untuk menerima sumbangan”, katanya yang berterima kasih kepada penyumbang-penyumbang yang sudi menyumbang serta YDP dan penerima-penerima yang sudi hadir.





























