

Keputusan yang telah pun ditangguh dari petang Rabu sehingga Khamis, kini hanya akan dikeluarkan pada hari Jumaat, sebagaimana dilaporkan berita rasmi MENA yang memetik kata-kata ketua pegawai pilihan raya Abdel Moez Ibrahim.
[Gambar – seorang muslimat menunjukkan ibu jarinya yang ditanda dengan dakwat kekal selepas membuang undi….adakah kerajaan Malaysia akan melakukan perkara yang sama pada pilihanraya umum akan datang]
Penangguhan itu wajar “kerana pengiraan undi masih berlaku di beberapa daerah yang bilangan pengundinya besar, yang mengambil bahagian dalam pilihanraya ini,” kata Ibrahim.
Keputusan pengundian yang dijalankan pada hari Isnin dan Selasa di Kaherah dan Iskandariah dan meruapakan keputusan pertama dikeluarkan berbanding kawasan-kawasan lain, daripada 9 kawasan parlimen berbanding 27 keseluruhannya.
Pengundian seluruh kawasan-kawasan lain akan diadakan pada bulan depan dan pada bulan Januari.
Keputusan bagi kerusi-keruis yang ditandingi oleh parti-parti , yang mewakili dua pertiga Prlimen hanya akan diketahu pada Januari
Keputusan tidak rasmi telah mula bocor, dan kebanyakannya daripada sumber-sumber dalaman.
Sumber Parti Kebebasan dan Keadilan, parti politik Islam Ikhwan Muslimin, berkata pada hari Rabu bahawa ia telah memenangi kira-kira 40 peratus undi, menurut pengiraan keluar mengundi.
Keputusan yang terbaik datang dari kawasan parlimen Fayoum yang terletak di selatan Kaherah, dan sumber parti itu juga berkata mereka mendapat sokongan yang baik di Assiut, Kaherah, Assiut dan kawasan parlimen Laut Merah.
Kerusi yang paling mencabar bagi parti kebebsan dan keadilan adalah bagi kerusi Kfr al-Sheikh di Iskandariah, di mana al-Nour, dari parti Salafi, dilaporkan menunjukkan prestasi yang baik.
Parti Ikhwan Muslimin itu telah membentuk pakatan dengan parti-parti kecil yang dinamakan sebagai Perikatan Demokratik, meletakkan 70 pertus calon-calonnya mewakili perikatan tersebut dan 90 peratus calonnya bertanding sebagai bebas.- sumber AJE



























